Aaron, Wooi Yik rebah di Jakarta - Utusan Malaysia

Aaron, Wooi Yik rebah di Jakarta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Permulaan kurang baik buat beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila terkandas pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia yang membuka tirai hari ini.

Gandingan Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan juara dunia yang juga pasangan ranking ketiga, Li Jun Hui-Liu Yu Chen dari China selepas bertarung dalam perlawanan yang berlarutan ke set penentuan sebelum tewas 21-19, 15-21, 9-21.

“Untuk perlawanan hari ini, tidak banyak yang boleh diperkatakan. Masih ada banyak lagi kejohanan yang akan datang. Apapun, kami beraksi dalam keadaan baik hari ini,” kata Aaron.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini adalah kejohanan pertama disertai naib juara Seluruh England 2019 serta skuad badminton negara selepas berehat panjang daripada sebarang kejohanan kompetitif.

Beregu negara akan meneruskan pemburuan mata kelayakan ke Sukan Olimpik 2020 pada Terbuka Jepun di Tokyo (23 hingga 28 Julai) dan Terbuka Thailand di Bangkok pada 30 Julai hingga 4 Ogos.

Sementara itu, pasangan beregu wanita, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen dan dan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mara ke pusingan kedua selepas menundukkan lawan masing-masing pada pusingan pertama.

Gandingan Vivian-Cheng Wen dipaksa bekerja keras sebelum berjaya mengenepikan Ashwini Ponnappa-Reddy N. Sikki 22-20, 20-22, 22-20 untuk mara ke pusingan kedua berdepan pasangan Korea Selatan, Lee So Hee-Shin Seung Chan.

Sementara itu, Mei Kuan-Meng Yean, yang kini menduduki ranking ke-14, tidak mempunyai masalah untuk mengalahkan Yulfira Barkah-Jauza Fadhila Sugiarto 21-16, 21-16 dari Indonesia.

Bagaimanapun, pasangan negara itu bakal melalui halangan berliku apabila berdepan pasangan di ranking ketiga dari Jepun Misaki Matsutomo-Ayaka Takashi pada pusingan kedua.

Turut mara, beregu campuran, Tan Kean Meng-Lai Pei Jing yang melepasi halangan pertama selepas menewaskan pasangan China, Lu Kai-Chen Lu 23-21, 21-13, sekali gus menempah pertemuan dengan Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong pada pusingan kedua.

Perlawanan pusingan pertama akan bersambung esok. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini