Empat lelaki curi empat ekor lembu ditahan - Utusan Malaysia

Empat lelaki curi empat ekor lembu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT – Empat lelaki ditahan selepas membawa empat ekor lembu di dalam sebuah lori dipercayai dicuri di kawasan ladang kelapa sawit di Jalan RE di sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, suspek berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput dan Balai Polis Jalong pada pukul 10 malam. 

“Kita menerima maklumat mengenai kegiatan suspek sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian untuk siasatan lanjut. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebuah lori yang dinaiki kesemua suspek itu ditahan dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat ekor lembu disyaki dicuri di dalam lori tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 

Tambah Mohd. Khaizam, siasatan awal mendapati lembu-lembu tersebut dicuri dari kawasan ladang berkenaan. 

“Semua suspek dibawa ke IPD Sungai Siput untuk tindakan lanjut. 

“Mereka ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 19 Julai depan,” katanya. 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini