The Special One bakal ke Bundesliga? - Utusan Malaysia

The Special One bakal ke Bundesliga?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Jose Mourinho yang terkenal dengan jolokan ‘The Special One’ memberi bayangan bakal mengendali pasukan di Bundesliga selepas dia mengakui kini mengisi masa lapangnya dengan mempelajari bahasa Jerman.

Sejak dipecat Manchester United Disember lalu, Mourinho,56, masih berehat panjang daripada pengurusan kelab walaupun pernah dikaitkan dengan kelab Benfica, Lyon dan Newcastle.

“Buat masa sekarang saya sedang belajar bahasa Jerman. Bundesliga? Kini belajar bahasa Jerman kerana saya rindukannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya belajar bahasa Inggeris, Sepanyol, Portugis, Perancis dan Itali tetapi ia tidak bermaksud apa-apa, termasuk bahasa Jerman.

Mengulas mengenai penglibatan semula ke bidang pengurusan, Mourinho mengakui rindu dengan kembali bekerja tetapi masih menunggu kelab yang sesuai.

“Saya ‘lapar’, tetapi perlu tunggu untuk dapatkan kelab yang sesuai, projek yang betul.

“Dalam tempoh itu, saya buat apa yang saya suka tetapi saya suka acara sukan lain dan ianya peluang baik untuk menikmatinya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini