Ramsey galas tanggungjawab besar di Turin - Utusan Malaysia

Ramsey galas tanggungjawab besar di Turin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Aaron Ramsey memberitahu dia telah mendapatkan nasihat daripada legenda Juventus sebelum bersetuju untuk memakai nombor ikonik lapan selepas bersetuju untuk menyertai kelab Itali itu pada musim panas.

Pemain kebangsaan Wales itu secara rasminya diperkenalkan oleh Juventus di Turin, bersedia menggalas tanggungjawab untuk memakai jersi nombor lapan yang sebelum ini pernah dipakai legenda seperti Claudio Marchisio, Antonio Conte dan Didier Deschamps.

“Saya mahu nombor lapan, saya memakainya di Arsenal dan selepas nombor tersebut tiada sesiapa memiliknya saya bersetuju.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tahu Marchisio pemain yang menakjubkan, membesar di sini dan memiliki karier yang cemerlang. Saya ada berbual dengannya beberapa kali di pusat kesihatan pasukan.

“Jika saya berupaya meniru apa yang dia lakukan untuk Juventus sudah tentu saya berbangga. Saya tahu apa yang dilakukan ini datang dengan tanggungjawab namun saya bersedia,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini