WASHINGTON 16 Julai – Lebih 821 juta orang mengalami kebuluran pada tahun lalu berbanding 811 juta orang (2017) di seluruh negara, tahun lalu.
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan ia merupakan tahun ketiga berturut-turut jumlah terlibat meningkat.
Malnutrisi mula meningkat pada 2015 berikutan perubahan iklim dan perang.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menukar kembali trend itu merupakan salah satu sasaran 2030 dalam Matlamat Pembangunan Mapan PBB yang mahu menambah baik bumi dan orangnya.
Bagaimanapun, laporan itu memberitahu, bagi membuatkan dunia tiada seorang mengalami kelaparan kekal menjadi ‘cabaran besar’. – AFP









