Coastal Contracts raih RM17 juta jualan kapal - Utusan Malaysia

Coastal Contracts raih RM17 juta jualan kapal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Julai – Coastal Contracts Berhad menerusi dua anak syarikat milik penuhnya menjual empat kapal pada harga RM17 juta.

Kumpulan itu yang membina, membaiki dan menjalankan sewaan kapal marin berkata, aliran perolehan daripada kontrak terbaru dijangka menyumbang secara positif kepada prestasi kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2020.

Kontrak itu dijamin oleh anak syarikat Pleasant Engineering Sdn. Bhd. dan Coastal International Marine Inc.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada Mei, Coastal Contracts mengumumkan keuntungan bersih belum diaudit sebanyak RM27 juta bagi tempoh kewangan sembilan bulan yang berakhir pada 31 Mac 2019 selepas mengalami kerugian bersih sebanyak RM583.10 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2018. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini