Bersatu: Mesyuarat Khas pinda perlembagaan - Utusan Malaysia

Bersatu: Mesyuarat Khas pinda perlembagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 15 Julai- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengadakan Mesyuarat Khas untuk meminda perlembagaan parti itu pada 20 Julai ini di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusan untuk mengadakan Mesyuarat Khas berkenaan telah dibincangkan secara panjang lebar dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu hari ini.

“Pindaan akan dilakukan supaya ahli biasa dapat memainkan peranan dalam menentukan pemilihan jawatankuasa cawangan dan jawatankuasa bahagian parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Daripada bahagian, perwakilan akan menentukan pemilihan kepimpinan tertinggi parti,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, menerusi pindaan tersebut, setiap ahli yang berdaftar juga mempunyai hak untuk bertanding setiap jawatan dalam Bersatu.

Jelasnya, ahli yang mahu dan berminat perlu secara sukarela untuk bertanding dalam pemilihan parti dan merupakan ahli yang berdaftar dalam Bersatu.

“Mereka perlu berdaftar sebagai ahli sebelum boleh bertanding untuk jawatan Presiden, Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan sebagainya,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini