Pemandu pelancong hilang ditemukan maut - Utusan Malaysia

Pemandu pelancong hilang ditemukan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI – Pemandu pelancong tempatan yang hilang setelah dibawa arus deras di sungai Gua Rusa, Taman Negara Mulu Jumaat lalu, telah ditemukan meninggal dunia.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, pasukan mencari serta menyelamat menemukan mayat Roviezal Robin, 20, kira-kira pukul 10 pagi ini dalam keadaan meniarap di atas batu serta celah kayu.

“Jarak mangsa ditemui ialah 500 meter dari jalan masuk ke Gua Rusa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah Poh Kiong, ketika ditemukan mangsa tidak berbaju atau berkasut, hanya memakai seluar dan stokin sahaja.

Dalam kejadian pukul 5.50 petang Jumaat itu, Roviezal serta seorang pelancong Belanda Peter Hans, 66, hilang dibawa arus deras sebelum mayat Hans ditemukan pukul 6.40 pagi Sabtu lalu.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini