GRO, kekasih ditahan edar dadah - Utusan Malaysia

GRO, kekasih ditahan edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Julai – Seorang gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam dan kekasihnya ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti pengedaran dadah di sekitar ibu negara dalam operasi di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Dang Wangi, di sini, Khamis lalu.

Turut dirampas, pelbagai jenis dadah bernilai RM221,220 dalam operasi dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, wanita berusia 24 tahun dan teman lelaki warga tempatan berusia 29 tahun itu dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah sejak tiga bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika tangkapan dibuat pada pukul 1 pagi, kita merampas dadah heroin seberat 19 gram dalam milikan suspek.

“Hasil soal siasat, pada pukul 5.45 pagi, kita telah membuat serbuan di sebuah residensi di Cheras dan merampas sebanyak 2.1 kilogram ekstasi dan 6 gram ketamin yang keseluruhannya bernilai RM221,220,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Mazlan, ujian saringan air kencing terhap suspek wanita didapati positif syabu manakala kekasihnya negatif.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman enam hari sehingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini