Tawaran Maju Holdings Sdn. Bhd. untuk ambil alih PLUS belum dibincangkan Kabinet - Utusan Malaysia

Tawaran Maju Holdings Sdn. Bhd. untuk ambil alih PLUS belum dibincangkan Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 15 Julai – Tawaran Maju Holdings Sdn. Bhd. (Maju Holdings) untuk mengambil alih PLUS Malaysia Sdn. Bhd. (PLUS) masih belum dibincangkan di peringkat Kabinet.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, setakat ini pihak kementerian masih lagi meneliti tawaran yang dikemukakan sebelum membawa perkara itu ke perhatian Kabinet.

“Kita sudah menerima kertas tawaran daripada Maju Holding dan akan teliti semuanya dahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini tidak ada syarikat secara rasmi mengajukan tawaran selain Maju Holdings dan perkara ini masih belum dibincangkan di peringkat Kabinet,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Konsesi Lebuhraya 2019 di sini hari ini.

Baru Bian
BARU BIAN (dua dari kanan) ketika merasmikan Persidangan Konsesi Lebuhraya 2019 di Hotel Lexis, Pulau Pinang. – UTUSAN ONLINE

Sebelum ini, portal berita The Edge melaporkan, Maju Holdings mengemukakan tawaran baharu untuk mengambil alih PLUS.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan menolak tawaran itu selepas mengambil kira pandangan pemegang saham utama syarikat konsesi tol tersebut.

Guan Eng berkata, pemegang saham utama PLUS, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak bersetuju dengan tawaran pengambilalihan itu.

Menurut Bian, tidak ada jangka masa ditetapkan oleh pihak kementerian untuk menjalankan perbincangan mengenai tawaran yang dikemukakan oleh Maju Holdings Sdn. Bhd. itu.

“Kita tumpukan pada masa ini untuk menjalankan kajian yang holistik bagi menentukan hala tuju tol di negara ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini