Perez mahu percepat proses jual pemain Real - Utusan Malaysia

Perez mahu percepat proses jual pemain Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTREAL – Presiden Real Madrid, Florentino Perez dijangka tiba di Kanada untuk mempercepatkan proses penjualan pemain pasukan itu.

Real kini sedang menjalani sesi latihan pra-musim di Montreal menjelang Kejohanan Piala Juara Antarabangsa di Amerika Syarikat (AS) dan pada musim ini, Los Bloncos sudah menandatangani lima pemain dengan nilai keseluruhan 300 juta euro (RM1.38 bilion).

Bagi penjualan fasa pertama, mereka sudah melepaskan beberapa pemain termasuk Matteo Kovacic, Marcos Llorente, Raul de Tomas dan Theo Hernandez dengan nilai 125 juta euro (RM578.67 juta).

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut laporan akhbar AS, Perez berangkat ke Kanada untuk mempercepatkan proses penjualan pemain yang tiada dalam senarai perancangan Zinedine Zidane.

Dilaporkan, Perez akan bercakap sendiri dengan pemain yang tiada dalam senarai bagi mencari penyelesaian terbaik untuk pemain dan pasukan selain mereka mahu melakukan penjualan secara tetap.

Antara nama-nama besar yang akan meninggalkan Santiago Bernebue termasuk James Rodriguez, Gareth Bale, Lucas Vasquez, Mariano Diaz dan Borja Mayoral selain Keylor Navas selepas Zidane memilih Courtois sebagai pilihan utama musim hadapan.

Sergio Reguilon dan Martin Odegaard sudah meninggalkan pasukan itu secara pinjaman manakala Dani Ceballos dan Jesus Vallejo semakin hampir meninggalkan pasukan itu secara tetap.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini