Griezmann guna No.17 di Barcelona - Utusan Malaysia

Griezmann guna No.17 di Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Barcelona mengesahkan Antoine Griezmann akan menggunakan jersi No.17 dan tidak akan menggunakan No.7 yang digunakan Philippe Coutinho.

Sebelum ini terdapat laporan menyatakan Griezmann mahu mengekalkan nombor yang digunakan semasa bersama Atletico Madrid selepas menyertai Barcelona.

Dalam satu sidang akhbar memperkenalkan pemain, Barcelona mendedahkan bahawa Griezmann akan menggunakan No.17.

Memuatkan artikel berkaitan…

Coutinho dilaporkan menjadi lebihan pemain di Barcelona selepas kehadiran Griezmann dan terdapat khabar angin menyatakan pemain itu akan digunakan sebagai sandaran untuk mendapatkan bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar.

Wakil Coutinho, Kia Joorabchian memberitahu, penasihat Barcelona, Andre Curry sedang berusaha untuk melepaskan pemain itu kepada PSG bagi mendapatkan semula Neymar.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini