38 rumah, sebuah sekolah terjejas - Utusan Malaysia

38 rumah, sebuah sekolah terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 15 Julai – Sebanyak 38 buah rumah dan sebuah sekolah rosak dalam kejadian ribut yang berlaku di daerah ini, Bera dan Lipis semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Zainal Yusoff berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, sebanyak 19 buah rumah terjejas di Temerloh, Lipis (14 buah rumah) dan lima buah rumah di Bera.

“Tiada pusat pemindahan dibuka dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa ini anggaran kerugian masih dalam taksiran dan APM membuat pemantauan berterusan,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kejadian tersebut menyebabkan bumbung Sekolah Kebangsaan Rentam di Bera diterbangkan angin.

Selain itu, katanya, blok kediaman Kem Batu 5 Mentakab dan Stor Pekerja Sekolah Kebangsaan (SK) Kerdau di Temerloh turut terjejas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini