Mawi masuk hospital - Utusan Malaysia

Mawi masuk hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Asmawi Ani atau Mawi dimasukkan ke Hospital Pakar An-Nur, Bangi sejak malam semalam akibat tekanan darah tinggi yang serius.

Mawi, 37, berkata dia tidak mengalami sebarang simptom pelik dan hanya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan rutin.

“Saya ke hospital untuk pemeriksaan rutin, tidak sangka tekanan darah mencanak sampai 200 lalu doktor nasihatkan saya berehat dalam wad untuk pemantauan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya agak terkejut juga tetapi Insya-Allah, keadaan sudah bertambah baik. Doakan ya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Tambah penyampai radio Zayyan itu lagi, dia mungkin akan berada di dalam wad untuk beberapa hari lagi sebelum dibenarkan keluar.

Mawi juga  juga tidak pasti apakah punca tekanan darahnya naik kerana keadaan dirinya baik-baik sahaja sebelum ke hospital. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini