Saya bukan adiwira - Neymar - Utusan Malaysia

Saya bukan adiwira – Neymar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Bintang Paris Saint-Germain (PSG) Neymar sedar bahawa dia bukan contoh tauladan atau adiwira terbaik untuk dicontohi.

Bintang Brazil itu bersama pasukan PSG selama hampir dua tahun tetapi terdapat khabar angin menyatakan dia tidak gembira selepas berdepan masalah dengan rakan sepasukan selain gagal memberikan komitmen penuh kepada pasukan.

Memburukkan lagi keadaan, Neymar gagal melaporkan diri pada sesi latih pra-musim awal bulan ini dengan spekulasi terkini menyatakan dia mahu kembali semula ke Barcelona dengan Pengarah Sukan PSG, Leonardo bersedia melepaskan penyerang itu pada harga yang bersesuaian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya bukan adiwira atau contoh tauladan terbaik. Saya juga ada momen buruk yang mana saya mahu pulang dan duduk di rumah bersama keluarga serta kawan-kawan.

“Saya bukan adiwira yang mampu menahan segala tekanan dalam dunia ini tetapi saya berusaha kerana saya tahu siapa diri saya, kepada keluarga dan kanak-kanak di seluruh dunia.

“Saya tahu saya ada tanggungjawab besar dan saya mahu menunjukkan sikap terbaik kerana ini perkara utama,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini