Antara final terbaik - Djokovic - Utusan Malaysia

Antara final terbaik – Djokovic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Novak Djokovic menggambarkan kejayaan merangkul kejuaraan Wimbledon selepas menundukkan Roger Federer adalah antara aksi terbaik dalam kempen Grand Slam yang pernah dilaluinya.

Pertembungan epik selama hampir lima jam itu menyaksikan Djokovic menang 7-6 (7-5), 1-6, 7-6 (7-4), 4-6, 13-12 (7-3) sekali gus mempertahankan kejuaraannya dan pada masa sama menyekat hasrat Federer menjadi pemenang Grand Slam tertua dalam sejarah.

“Ini adalah antara beberapa final terbaik yang pernah saya lalui dalam karier saya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terutama ketika berdepan pemain hebat sepanjang zaman seperti Roger, ia adalah penghormatan besar buat diri saya.

“Bagaimanapun, dalam perlawanan seperti ini, salah seorang perlu kalah.Agak pelik untuk beraksi ‘tie break’ ketika mata 12-12 dan saya memang mengharapkan selepas memenangi dua ‘game’ awal,” katanya.

Djokovic yang memiliki koleksi 16 kejuaraan juga berharap mampu menandingi pencapaian Federer yang memiliki 20 kejuaraan.

“Roger membuktikan kepada orang lain bahawa banyak yang boleh dilakukan meskipun pada usia 37 tahun dan saya melihat dia sebagai inspirasi terbaik,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini