Pelajar lemas mandi di kolam bekas kuari - Utusan Malaysia

Pelajar lemas mandi di kolam bekas kuari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR 15 Julai – Seorang remaja maut akibat lemas ketika sedang bermandi-manda dengan rakan-rakannya di sebuah kolam tapak bekas kuari di Bukit Katak, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, Mohamad Danial Hakim Yusof,16, dari Taman Guar Perahu di sini dikatakan pergi ke kawasan berkenaan bersama rakan-rakannya.

Difahamkan, mereka kemudiannya mandi di kolam yang mempunyai kedalaman lebih enam meter tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…
Mohamad Danial Hakim Yusof
Mohamad Danial Hakim Yusof 

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan hilang oleh rakannya ketika sedang menyelam di kawasan berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pukul 8 malam.

“Selepas beberapa jam operasi mencari dan menyelamat (SAR), mayat mangsa ditemukan tidak jauh dari kawasan mangsa lemas kira-kira pukul 10.12 malam.

“Mayat mangsa di bawa ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini