Kes Ebola disahkan di bandar terbesar Republik Congo - Utusan Malaysia

Kes Ebola disahkan di bandar terbesar Republik Congo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KINSHASA 15 Julai – Kes pertama Ebola disahkan di bandar terbesar Republik Congo, Goma selepas wabak itu dikesan di timur negara pada Ogos tahun lalu.

Menurut Kementerian Kesihatannya dalam kenyataan berkata, seorang lelaki yang tiba di Gima menggunakan bas bersama 18 penumpang lain datang dari Butembo iaitu salah satu pekan yang tersebarnya Ebola.

“Lelaki itu diuji dan keputusan makmal mengesahkan dia positf Ebola.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, risiko penyebaran wabak itu di Goma rendah kerana pesakit itu telah dikenalpasti dan kesemua penumpang bas dari Butembo,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya, penumpang dan pemandu bas itu akan diberikan vaksinasi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini