Hampir 5 jam jinakkan Federer - Utusan Malaysia

Hampir 5 jam jinakkan Federer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Juara bertahan, Novak Djokovic merangkul kejuaraan tenis Wimbledon buat kali kelima selepas menumpaskan juara lapan kali, Roger Federer dalam perlawanan final paling panjang sebentar tadi.

Pertarungan epik itu berakhir dengan tie-break yang menyaksikan jaguh Serbia, Djokovic menang 7-6 (7/5), 1-6, 7-6 (7/4), 4-6, 13-12 (7/3) dalam masa 4 jam, 57 minit.

Djokovic, 32, dipaksa menyelamatkan dua mata perlawanan sebelum menumbangkan Federer, dan memerlukan empat lagi gelaran Grand Slam untuk menghampiri rekod 20 kejuaraan milik jaguh Switzerland itu. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini