MANCHESTER – Paul Pogba bersikap acuh tidak acuh ketika ditanya tentang masa depannya bersama Manchester United.
Bintang tengah Perancis itu kini berada di Australia bersama sebahagian besar skuad dalam perlawanan pramusim, namun dia tetap dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.
United dikatakan menuntut 180 juta pound (RM930 juta) kepada Real, harga yang menyebabkan perpindahan Pogba masih belum dapat dilakukan.
Sejurus selepas membantu pasukannya mengalahkan Perth Glory 2-0 dalam aksi persahabatan tersebut, pemain berusia 26 tahun itu telah ditanya mengenai perpindahannya.
“Tiada keperluan (bertanya soalan itu). Tak perlu untuk bercakap,” jawabnya ringkas.
Pogba dimasukkan dari bangku simpanan, namun memainkan peranan penting pada babak kedua apabila mencipta gerakan untuk gol pembukaan yang disempurnakan Marcus Rashford. James Garner kemudian menggandakan kedudukan 2-0. – AGENSI











