Seramai 9,363 jemaah haji di Mekah, Madinah sehingga semalam - Utusan Malaysia

Seramai 9,363 jemaah haji di Mekah, Madinah sehingga semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH – Seramai 9,363 jemaah haji telah berada di sini dan Madinah sehingga semalam, kata Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu seramai 4,653 jemaah haji telah berada di sini, manakala 4,710 jemaah haji berada di Madinah.

Kenyataan itu juga memberitahu jumlah itu adalah 31 peratus daripada keseluruhan 30,200 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut kenyataan itu juga sehingga semalam 22 penerbangan haji telah berlepas dan 20 penerbangan telah tiba sehingga pukul 1.00 pagi semalam waktu tempatan, 6.00 pagi waktu Malaysia.

Semua penerbangan haji berlepas pada 4 Julai hingga 17 Julai mendarat di Lapangan Terbang  Antarabangsa Prince Mohammad Abdul Aziz di Madinah, manakala penerbangan berlepas 18 Julai hingga 5 Ogos mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini