MELBOURNE 14 Julai – Usaha mencari seorang pelajar yang hilang di pekan kecil Victoria, di sini diberhentikan pagi tadi.
Lapor The Guardian, Poshik Sharma, 21, kali terakhir dilihat pada Khamis lalu di restoran Duck Inn di Marysville kira-kira pukul 3.50 petang waktu tempatan.
Sharma dan rakan-rakannya berhenti rehat di restoran tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke gunung Buller.
Sumber memberitahu pelajar dari Melbourne itu terlibat dalam pertengkaran dengan rakannya selepas mengunjungi restoran berkenaan.
Anggota polis terlibat, David Ryan memberitahu lelaki tersebut hilang dalam kawasan seluas 50 meter, dan pihaknya telah melakukan pencari di setiap tempat dalam kawasan tersebut.
“Sama ada dia masuk ke dalam hutan atau menumpang kereta individu lain, itu yang kami harapkan ketika ini,” katanya.- AGENSI











