KUALA LUMPUR 14 Julai – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir memanfaatkan masa terluang pada hujung minggu untuk mengayuh basikal di Litar Antarabangsa Sepang pagi tadi.
Beliau berkongsi gambar berbasikal menerusi akaun Twitternya, @chededofficial yang disertakan sekali ciapan mengenai aktiviti pada umurnya yang kian meningkat.
“Kayuh basikal di litar lumba Sepang International Circuit pagi tadi. Bila umur meningkat mesti luang masa bersenam supaya otot dan otak berfungsi dengan baik,” katanya.
Kayuh basikal di litar lumba Sepang International Circuit pagi tadi. Bila umur makin meningkat mesti luang masa bersenam supaya otot dan otak berfungsi dengan baik. pic.twitter.com/GEoHUFHxVA
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) July 14, 2019
10 Julai lalu, Dr. Mahathir menyambut hari lahirnya ke-94, beliau menerima ucapan daripada pelbagai pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – UTUSAN ONLINE











