"Juara itu bonus, pembelajaran dan pengalaman lebih utama" - Utusan Malaysia

“Juara itu bonus, pembelajaran dan pengalaman lebih utama”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 14 Julai – Seperti diramal Juara keseluruhan Pertandingan Pancaragam Peringkat Antarabangsa (MWBC) 2019 menjadi milik mutlak Pasukan pancaragam Kor Kadet Victoria Institution (VICCB) dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim Shah, di sini malam tadi.

Pun begitu bagi Pengarah pancaragam VICCB, Muhaizi Mudzakir ia bukanlah sesuatu yang mudah dan enggan sesekali memandang rendah kepada pasukan lawan yang mempunyai kehebatan dan kelebihan tersendiri.

Katanya, walaupun Naib Juara pasukan dari Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) mempunyai jumlah kekuatan yang sama iaitu seramai 70 orang, pelbagai sudut perlu diambil kira termasuk susunan muzik dan informasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Faktor kemenangan dijangka bukanlah perkara utama yang dibangkitkan dalam satu-satu pertandingan, tetapi lebih kepada pembangunan nilai-nilai modal insan yang menjadi tunjang utama.

“Juara itu bonus. Pembelajaran, pengalaman dan nilai tambah itu yang lebih berharga dan tidak boleh diperolehi dengan mudah,” katanya.

PERSEMBAHAN mantap daripada VICCB pada Pertandingan Pancaragam Peringkat Antarabangsa di Stadium Sul
PERSEMBAHAN mantap daripada VICCB pada Pertandingan Pancaragam Peringkat Antarabangsa di Stadium Sultan Abdul Halim Shah, Alor Setar, Kedah malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Menurunkan 70 ahli terdiri daripada seksyen percussion, 11 drummer, 6 pit percussion, seksyen brass( 32) , colorguards(19) serta dua konduktor , setiap ahli beraksi cemerlang dan berjaya memukau barisan tetamu kehormat, para juri dan penonton yang hadir.

Sementara itu, Guru penasihat VICCB, Hasnani Abdul Samad turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada barisan guru-guru dan para jurulatih serta ibu bapa yang bekerjasama dengan penuh dedikasi sepanjang tempoh persediaan sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

“Kami amat bangga berpeluang memimpin pasukan pancaragam yang berpotensi, kuat jiwa dan mentalnya.

“Melaluinya kami dapat belajar mengurus, merasai kesibukan dan berkongsi kejayaan bersama-sama,” katanya.

Dalam pertandingan itu, VICCB turut merangkul tiga anugerah utama iaitu Best Colourguard terbaik, Best Brass & Winds dan Best Percussion.

Sementara itu Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong, Kuala Lumpur diumumkan menduduki tempat ketiga dalam pertandingan berprestij yang turut mempamerkan aksi hebat dan memukau para penonton.

TIUPAN memukau penonton ditunjukkan sebahagian ahli VICCB daripada seksyen colourguard dan bagpipes.
TIUPAN bagpipes yang memukau penonton yang hadir pada malam pertandingan. – UTUSAN ONLINE

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Exco Pendidikan Kedah, Dr Salmee Said.

Yang turut hadir Pemegang Amanah Yayasan Industri Kreatif Kebangsaan, Datuk Zulkifli Ishak dan Presiden Persatuan Pancaragam Malaysia Profesor Dr. Shahanum Md. Shah.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini