Seorang maut dalam kemalangan dekat Oakleigh - Utusan Malaysia

Seorang maut dalam kemalangan dekat Oakleigh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON 14 Julai – Seorang maut manakala beberapa lagi terperangkap apabila tiga kenderaan terlibat dalam kemalangan dekat Oakleigh, di sini.

Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira 200 meter di selatan jalan Mangapai.

Lapor New Zealand Herald, polis dalam kenyataan memberitahu, beberapa lagi mangsa mengalami cedera parah susulan kemalangan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Bomba dan Kecemasan, Scott Osmund berkata, kesemua yang terperangkap dalam kenderaan mereka ketika kemalangan berlaku telah berjaya dikeluarkan dengan selamat sekitar pukul 5.30 petang waktu tempatan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini