Didakwa sunting gambar, keputusan calon dicabar - Utusan Malaysia

Didakwa sunting gambar, keputusan calon dicabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 14 Julai – Gara-gara menyunting gambar pada kertas undi, seorang calon legislatif Dewan Perwakilan Daerah (DPD) Nusa Tenggara Barat, Evi Apita Maya didakwa melanggar peraturan pentadbiran serta proses pilihan raya umum (Pemilu).

Tribun News melaporkan, Evi disaman oleh seorang lagi calon legislatif DPD, Farouk Muhammad kerana didakwa menyunting gambar wajahnya secara keterlaluan.

Hal ini kerana, gambar wajah Evi kelihatan lebih cantik daripada yang asal pada kertas undi dan sehubungan itu, dia didakwa tidak jujur.

Memuatkan artikel berkaitan…
PERBEZAAN gambar wajah Evi Apita Maya yang asal (kiri) dan disunting
PERBEZAAN gambar wajah  Evi Apita Maya yang asal (kiri) dan disunting (kanan) yang diletakkan pada kertas undi.  – AGENSI

Farouk menerusi peguam­nya yang dikenali Heppy membawa perkara itu ke Mahkamah Konstitusi (Mahkamah Perlembagaan) dan akan membawa saksi menyokong dakwaannya.

Jelas Heppy, Evi bukan sahaja menyunting gambar wajahnya secara keterlaluan, tetapi wanita itu juga memasang sendiri gambarnya pada peralatan kempen termasuk papan sepanduk berserta logo Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).

“Padahal sebelum ini Evi tidak pernah menjadi anggota DPR.

“Pada Pemilu yang lepas, Evi memperoleh pungutan undi terbanyak iaitu 283,932 undian dan hal ini berkaitan dengan gambar wajahnya yang dikira ‘terlalu cantik’,” katanya.

Sehubungan itu, Heppy menyifatkan tindakan wanita tersebut adalah semata-mata untuk meraih undi dengan cara yang tidak jujur. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini