Polis dan penunjuk perasaan sekali lagi bertempur di Hong Kong - Utusan Malaysia

Polis dan penunjuk perasaan sekali lagi bertempur di Hong Kong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG 14 Julai – Pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan sekali lagi tercetus selepas tiada usaha diambil kerajaan untuk membatalkan rang undang-undang ekstradisi ke China.

Polis menggunakan semburan lada dan baton untuk meleraikan sekumpulan kecil penunjuk perasaan yang berhimpun di sepanjang jalan berdekatan Sha Tin.

Penunjuk perasaan membina benteng menggunakan pagar logam sebagai pertahanan serangan polis.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hong Kong bergolak lebih sebulan apabila penduduknya mengadakan tunjuk perasaan aman, di samping beberapa insiden konfrontasi ganas yang tercetus susulan tindakan kerajaan memperkenalkan rang undang-undang untuk membenarkan ekstradisi ke China dan beberapa negara lain.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini