PATI bertempiaran lari diserbu Imigresen - Utusan Malaysia

PATI bertempiaran lari diserbu Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Suasana di sekitar Jalan Silang bertukar kecoh selepas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjalankan operasi mengejut terhadap lebih 1,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) di sini hari ini.

Dalam operasi bermula pada pukul 4 petang itu, terdapat segelintir PATI yang bertempiaran lari sehingga sanggup melintasi jalan yang sedang sibuk bagi mengelak dari ditahan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi yang disertai kira-kira 175 pegawai dan anggota telah dilakukan di dua buah lokasi secara serentak di Jalan Silang dan sebuah hotel di Jalan Pudu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menerusi operasi di Jalan Silang, seramai 1,709 individu berusia dalam lingkungan 21 hingga 45 tahun telah diperiksa dan setakat ini seramai 247 individu telah ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Sementara serbuan di sebuah hotel di Jalan Pudu berjaya menahan 159 wanita warga asing yang disyaki melakukan perkara-perkara yang menyalahi moral,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai operasi.

Tambahnya, setakat pukul enam petang, proses dokumentasi masih dijalankan kerana tangkapan yang dilakukan membabitkan jumlah yang besar.

“Bagaimanapun, antara kesalahan yang dikesan ialah tinggal lebih masa, tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan dan menyalahgunakan pas lawatan.

“Kita akan mempergiatkan operas ini pada masa hadapan bagi membanteras kebanjiran PATI di sekitar ibu negara,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini