Bapa tetak anak kerana duit - Utusan Malaysia

Bapa tetak anak kerana duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASURUAN 14 Julai – Seorang bapa di sini bertindak menetak anak lelakinya selepas pemuda tersebut memintanya wang dalam keadaan mabuk dan marah.

Selepas menetak anaknya, lelaki warga emas yang dikenali sebagai Danu pergi ke rumah rakan-rakannya untuk meminjam duit bagi merawat anaknya di hospital.

Detik News melaporkan, lelaki berusia 60 tahun itu memaklumkan kepada polis bahawa dia bukan berniat untuk melarikan diri ketika ditahan, namun ingin meminjam duit bagi merawat anaknya yang cedera selepas ditetak dengan sabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap Unit Siasatan Jenayah Sukorejo, Sony Julianto berkata, lelaki itu mendakwa dia pergi ke rumah rakannya di mukim Purwosari selepas menetak anaknya.

“Danu turut melahirkan rasa kesal kerana menetak anak lelakinya dan memberitahu dia langsung tidak menyedari perbuatannya berikutan anaknya mula mengamuk dan bertindak ganas.

“Danu memaklumkan anak lelakinya jarang sekali mabuk dan mengamuk meminta duit,” kata Sony.

Anak Danu yang menerima rawatan di hospital dilaporkan sudah dibenarkan keluar dan pulang ke rumah keluarganya.

Namun, satu daripada jari tangan kirinya terpaksa dipotong kerana cedera parah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini