Bomba selamatkan ikan lumba-lumba - Utusan Malaysia

Bomba selamatkan ikan lumba-lumba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Julai – Seekor ikan lumba-lumba yang terdampar diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak di Pantai Kampung Trombol, Telaga Air dekat Kuching hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak, pihaknya menerima panggilan berhubung khidmat khas mengalihkan ikan lumba-lumba yang tidak dapat dikenal pasti spesiesnya itu pada pukul 1.44 petang.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, mereka mendapati seekor ikan lumba-lumba berukuran 1.3 meter dalam keadaan masih hidup sedang terdampar di pantai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak bomba kemudian bertindak mengusung ikan tersebut ke kawasan air yang dalam sebelum melepaskannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi yang dijalankan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya itu tamat pada pukul 3.10 petang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini