KUALA LUMPUR 14 Julai – Tular dalam media sosial baru-baru ini adalah isu ‘trend’ kahwin awal tanpa kewangan yang kukuh dijadikan alasan utama masalah perceraian di negara ini.
Tulisan seorang Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Afiqah Aisyah Saiful Bahar disiarkan portal Astro Awani itu bagaimanapun terus dikritik ramai pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau.
Seorang pengguna media sosial, Yusri Jamal (@myusri_jamal) menyifatkan kenyataan Pensyarah lulusan Sarjana Perang Saraf Media dan Informasi itu sebagai satu bentuk demovitavsi kepada pasangan muda yang ingin menghalalkan hubungan mereka.
Kahwin awal tanpa perancangan kewangan:
my opinion sebagai ahli kelab kahwin awal. pic.twitter.com/8jrReECHOJ
— Yusri Jamal (@myusri_jamal) July 13, 2019
Reaksi Yusri mendapat perhatian ramai pengguna media sosial itu sehingga ciapannya telah diulang ciap lebih seribu kali.
Menurut kenyataanya, kewangan kukuh adalah persoalan yang subjektif dan menjadi masalah bukan sahaja kepada mereka sudah berkahwin bahkan tabiat pasangan masih bercinta.
“Kau jangan cepat ‘discourage’ untuk kahwin sebab fikir kena ada rumah kereta dan lain-lain baru boleh kahwin adalah idea yang tidak realistik.
“Kewangan kukuh akan jadi mudah apabila kau ada ‘backup’. Jangan malu nak tinggal dengan mak. Kakak aku selesa 10 tahun duduk rumah parents dan bekerja. Bukan tiada duit tetapi bijak urus duit sambil jaga mak. Itu bijak,” katanya menerusi bebenang ciapan dalam akaun Twitternya.
2) Tapi the idea of “kewangan kukuh” ni subjektif sangat. Kau jangan cepat discouraged untuk kahwin (aku akan explain kenapa aku encourage kahwin nanti) sebab kau fikir kau kena ada rumah, kereta, etc baru boleh kahwin. Itu idea tak realistik…
— Yusri Jamal (@myusri_jamal) July 13, 2019
Dalam pada itu, Yusri turut menerangkan bahawa perkahwinan sepatutnya membuka pintu rezeki yang dijamin seperti dinyatakan dalam al-Quran dan tidak boleh sewenang-wenangnya dipertikaikan.
“Pasal kahwin ini buka pintu rezeki memang betul pun. Allah SWT. sudah sebut dalam al-Quran. Kau nak pertikai apa?
“Yang Allah SWT tak pernah jamin adalah pintu rezeki terbuka dan hidup dirahmati bila kau ‘couple’ (belum berkahwin. Itu tak bincang pula kan,” soalnya.
3) Pasal kahwin ni buka pintu rezeki memang betul pun. Allah dah terang2 bg ayat quran jamin kot. Kau nak deny apa?
Yang Allah tk pernah jamin ialah pintu rezeki terbuka, hidup dirahmati bila kau kapel. Itu kau tak bincang pulak kan? pic.twitter.com/XhIuG3iBkr
— Yusri Jamal (@myusri_jamal) July 13, 2019
Selain itu, dia turut mencadangkan bagi pasangan baharu berkahwin yang tidak mempunyai kewangan kukuh supaya duduk berasingan sementara waktu.
Kata Yusri, soal dapat anak juga boleh dirancang mengikut kemampuan asalkan tidak bergelumang dengan dosa berzina.
“Pasangan berkahwin boleh sahaja jadi macam baharu ‘couple’. Pergi dating tonton wayang semua, walaupun duduk asing. Bukannya masalah besar pun.
“Soal hendak dapat anak pun boleh rancang, sekurang-kurangnya tidak berzina dan mengandung anak luar nikah. Yang penting disiplin,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE
6) Even if kau disagree pun, kahwin ni boleh je mcm kapel yang halal. Kahwin jelah. Pergilah dating tgk movie semua. Nak duduk asing pun ok kalau xde duit. Its not a big deal.
— Yusri Jamal (@myusri_jamal) July 13, 2019
Plan elok2 utk dapat anak lewat sikit kalau xmampu tambah anak. Ok je. Ramai org berzina pakai contraceptive elok je tak pregnant. Kau nak malu apa kau tu halal? Disiplin lah sikit.
Family planning is 100% shariah compliant.
— Yusri Jamal (@myusri_jamal) July 13, 2019











