Mangsa pencemaran Pasir Gudang buat laporan polis - Utusan Malaysia

Mangsa pencemaran Pasir Gudang buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Lebih daripada 100 mangsa pencemaran Pasir Gudang pada Mac dan Jun lalu membuat laporan polis di sini hari ini bagi meminta pihak berwajib menjalankan siasatan  menyeluruh berhubung kejadian terbabit. 

Antara mangsa yang membuat laporan itu ialah penduduk Taman Pasir Putih, Kota Masai dan Tanjung Puteri Resort.

Laporan polis dibuat menerusi Badan Bertindak Penduduk Isu Pencemaran Alam (BBPIPA) Taman Pasir Putih di Balai Polis Seri Alam pada pukul 11.11 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pengerusi badan itu Mohd Rafee Abdullah, 46, berkata, siasatan perlu dilakukan kerana terdapat kemungkinan tugas-tugas pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak berkenaan kurang sempurna sehingga menyebabkan pencemaran berlaku.

Beliau mendakwa pihaknya mendapati terdapat kekurangan setelah meneliti data-data tapak pelupusan sampah haram, kilang-kilang haram dan kilang-kilang yang melanggar peraturan serta laporan media baru-baru ini.

“Kami meminta pihak berwajib menjalankan siasatan bagi memastikan sama ada berlaku unsur rasuah atau ugutan kepada pihak penguatkuasaan atau salah laku sehingga menyebabkan insiden ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan polis yang dibuat badan berkenaan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini