Pingat gangsa penawar di Napoli - Utusan Malaysia

Pingat gangsa penawar di Napoli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Julai – Kontinjen Malaysia akhirnya menamatkan penantian pingat dalam Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Napoli, Itali apabila meraih gangsa dalam saingan taekwondo, awal pagi tadi.

Kuartet negara yang dibarisi Ahmad Nor Iman Hakim (Politeknik Nilai), Rozaimi Razali (UPM), Muhammad Syafiq Zuber (Politeknik Nilai) dan Hamdanwahid Rinaldi (UTeM) memenangi gangsa dalam acara Kyorugi berpasukan lelaki selepas tewas 10-36 kepada Iran pada aksi separuh akhir.

Iran merupakan gergasi taekwondo dunia kemudian membawa pulang pingat emas selepas mengalahkan Mesir 33-6 dalam pertarungan akhir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Malaysia menumpaskan Mexico 24-20 pada pusingan pertama, diikuti Poland (34-14) di pusingan kedua dan Amerika Syarikat 35-13 dalam aksi suku akhir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini