Polis selamatkan mangsa dirantai dipaksa kerja - Utusan Malaysia

Polis selamatkan mangsa dirantai dipaksa kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 14 Julai – Polis menyelamatkan tiga mangsa pemerdagangan manusia termasuk seorang lelaki yang ditemukan dalam keadaan dirantai di bahagian kaki dalam satu serbuan di sebuah kedai makan di Kerambit dekat sini semalam.

Ketua Polis daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, dalam serbuan pada pukul 9.30 pagi itu, ketiga-tiga mangsa yang berasal dari India ditemukan berhampiran stor premis kedai berkenaan.

“Semasa pemeriksaan dibuat terdapat seorang mangsa dikurung dandirantai di bahagian stor luar bilik tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan di hospital ke atas mangsa yang berusia 48 tahun itu mendapati mangsa mengalami kecederaan patah tangan sebelah kanan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Pemerdagangan Orang 2007 dan polis menahan reman dua lelaki masing-masing berusia32 dan 36 tahun selama empat hari bermula hari ini.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, ketiga-tiga mangsa mengadu dipukul, didera, tidak diberi makan dan tidak dibenarkan keluar dari kedai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini