LONDON – Masa depan Romelu Lukaku akan diketahui minggu hadapan dengan Inter Milan sedang berusaha membawa pemain itu keluar daripada Manchester United.
Lukaku menyertai United daripada Everton pada 2017 dan berjaya meldak 28 gol sepanjang dua musim di Old Trafford tetapi dia sentiasa menjadi sasaran kritikan penyokong.
Penyerang Belgium itu dikritik hebat dari segi kemampuan teknikal, kawalan bola serta ketangkasan di hadapan gawang sekali gus menjadikan pilihan kedua di belakang Marcus Rashfors selepas Ole Gunnar Solskjaer menggantikan Jose Mourinho selaku pengurus.
Inter sememangnya berminat dengan penyerang berusia 26 tahun itu tetapi tawaran 70 juta euro (RM325.43 juta) merangkumi pinjaman selama dua tahun dan pilihan 60 juta euro (RM278.94 juta) untuk pembelian tetap adalah jauh berbanding 83 juta euro (RM385.87 juta) yang diminta United.
“Awak semua akan tahu sesuatu yang baharu minggu hadapan.
“Terlalu banyak khabar angin ketika ini tetapi ya, dia cukup cergas untuk aksi selepas ini dan dia menjalani latihan dengan baik bersama pasukan.
“Adakah dia akan kekal? Kita tunggu sahaja permulaan musim hadapan. Tiada sebarang bidaan yang sedang dipertimbangkan ketika ini.
“Segala perbincangan dengan pemain tidak akan saya dedahkan,” kata Solskjaer.-AGENSI











