Kastam rampas kereta klon Singapura - Utusan Malaysia

Kastam rampas kereta klon Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 30 buah kereta klon Singapura yang diseludup masuk ke negeri ini sepanjang Januari hingga Jun tahun ini.

Pengarah Kastam negeri, Mohd. Rakbi Mat Saud berkata, antara jenis kereta klon yang dirampas ialah Audi, Honda dan Toyota dan pelbagai jenama lagi.

“Kereta klon Singapura ini merujuk kepada kenderaan yang tidak lagi diperlukan di negara berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia dijual dengan harga murah sekaligus membuatkan orang ramai terpesona dengan tawaran yang dibuat,” katanya selepas merasmikan Program Kayuhan Perkasa Bersama JKDM Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Rakbi memberitahu, aktiviti memalsukan dokumen turut dilakukan bagi menyakinkan lagi pembeli kereta klon.

Katanya, Kastam Kelantan mengambil serius perkara itu dan telah menubuhkan pasukan khas bagi membanteras penyeludupan kereta klon Singapura ke negeri ini.

“Kita  sudah mengenal pasti modus operandi yang digunakan oleh sindiket berkenaan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Buat masa ini kita tidak boleh dedahkan modus operandi yang digunakan oleh penyeludup,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini