Agong selesai tunai umrah - Utusan Malaysia

Agong selesai tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selesai mengerjakah umrah di Makkah bersama-sama berjuta-juta umat Islam yang kini berada di Tanah Suci semasa musim haji ini.

Sepanjang melakukan ibadah itu, Seri Paduka yang dikawal anggota keselamatan Arab Saudi, turut diiringi putera baginda, Tengku Amir Nasser Ibni Sultan Abdullah, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan anggota delegasi dari Malaysia.

Sultan Abdullah turut berpeluang mencium Hajarul Aswad,  batu yang diturunkan dari syurga, yang terletak di sudut timur Kaabah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kenangan manis mengerjakan ibadah sunat itu turut dikongsi apabila Tengku Amir Nasser membantu menggunting rambut Seri Paduka semasa melakukan Tahalul.

Seri Paduka berada di Arab Saudi untuk melakukan lawatan khas tiga hari bermula Jumaat lepas atas undangan Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, Penjaga Dua Kota Suci.

Pada hari pertama lawatan itu, baginda berangkat mengunjungi Madinah dan mengadakan perjumpaan bersama rakyat Malaysia di sana.

Seri Paduka dijadual berangkat pulang ke Kuala Lumpur dari Jeddah, pada 5 petang ini. – Bernama

Tengku Amir Nasser membantu menggunting rambut Seri Paduka semasa melakukan Tahalul. Foto oleh Berna
Tengku Amir Nasser membantu menggunting rambut Seri Paduka semasa melakukan Tahalul. Foto oleh Bernama
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini