Saya tidak macam itu! - Utusan Malaysia

Saya tidak macam itu!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PESONA baharu dunia hiburan penyanyi dan anggota bomba Syafiq Farhain, 25, menafikan pernah beraksi atau bergambar bogel untuk tatapan peminatnya.

Dalam situasi ramai artis lelaki didakwa terpalit dengan dakwaan merakamkan aksi-aksi kurang bermoral membuatkan anak kepada penyanyi Allahyarham Saleem Iklim ini lebih berhati-hati.

“Saya tak pernah buat benda-benda (beraksi lucah atau berbogel depan telefon kamera) itu. Saya tak takut mengenainya kalaupun ada yang akan menyebar sebarang gambar dan video mirip wajah dan badan saya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu pasti perbuatan mereka yang tak bertanggungjawab untuk mengaibkan saya,” tegas Syafiq kepada Pancaindera.

“ Saya sentiasa berhati-hati dengan sebarang tindak tanduk termasuk melayan peminat secara berdepan atau melalui laman sosial.

“Cari makan dalam dunia hiburan ini kena menjaga bukan saja nama baik sendiri tetapi sudah tentu keluarga. Saya ingat pesan ibu, untuk menjaga diri bila di perantauan dan sebagai artis,” tegasnya lagi.

Syafiq Farhain

Demi Setia 

DALAM pada itu, Syafiq yang berkhidmat di Ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,Putrajaya kini sedang sibuk mempromosi lagu terbaharunya Demi Setia.

“Lagu terbaharu ini pernah dimuatkan dalam album kompilasi dengan arwah ayah berjudul The Best of Salim & Syafiq Farhain.

“Memandangkan tak dipromosikan sangat ketika album itu diedarkan tahun lalu, saya mengambil keputusan untuk ketengahkan sebagai single terkini saya.

“Lagu ciptaan Al-Farouq itu berkonsepkan ketuhanan ini menarik dan mempunyai mesej mendalam. Saya tertarik dengan bait kata-katanya yang sangat puitis dan menyentuh perasaan,” ceritanya.

Syafiq ingin menjadi penyanyi yang bukan sahaja melagukan muzik yang pelbagai tetapi juga lirik yang tidak hanya mengutamakan cerita cinta dua insan.

Pada masa sama, lelaki ini teruja menantikan kemunculan filem sulung lakonannya berjudul Hero Jangan Bikin Panas yang akan ditayangkan di pawagam 3 Oktober depan.

“Ini pengalaman pertama sebagai pelakon. Bukannya tak minat nak terus jadi pelakon, agak sukar memandangkan saya masih punya kerja tetap.

“Kalau menyanyi tu, taklah mengambil masa panjang berbanding lakonan yang memerlukan komitmen lebih lama di lokasi.

“Dalam pada itu, saya turut mengendalikan program bersiri dengan konsep travelog sebagai pengacara. Jangan lupa tonton Apa Lagi Terengganu Lah yang ditayangkan tidak lama lagi,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini