BERLIN: Seorang doktor beragama Islam dinafikan hak kerakyatan menjadi warganegara Jerman selepas menolak untuk bersalaman dengan seorang pegawai wanita di negara itu.
Lapor Daily Mail, doktor berusia 39 tahun yang berasal dari Lubnan itu hampir menjadi rakyat Jerman selepas tinggal selama 13 tahun di negara ini dan menamatkan pengajian perubatannya serta melepasi ujian kerakyatan dengan markah tinggi.
Namun, doktor itu hanya gagal di peringkat akhir selepas enggan melakukan perkara itu semasa acara rasmi pada 2015 yang dihadiri pihak berkuasa negeri
terkemuka yang menolak kewarganegaraannya.
Mahkamah di Manheim memutuskan keengganan berjabat tangan itu tidak sesuai dengan Perlembagaan Jerman yang menjamin kesamarataan antara lelaki dan wanita.
“Sekiranya pemohon enggan berjabat tangan atas alasan berlainan jantina, ia jelas tidak bersesuaian Perlembagaan yang tiada integrasi dalam kehidupan di
Jerman,” katanya.
Lima tahun kemudian, mahkamah masih menyokong keputusan pihak berkuasa itu dengan alasan pendirian lelaki itu bertentangan penyatuan masyarakat Jerman.
Doktor itu berpindah ke Jerman pada 2002 dan tinggal secara sah sejak berkahwin dengan pasangannya yang berasal dari Syria sejak 10 tahun lalu.
Lelaki itu mula memohon kerakyatan pada 2012 dengan menandatangani dokumen diperlukan yang berikrar untuk menegakkan Perlembagaan dan menolak ekstremisme.
Dia kini boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.










