Tiada keperluan pemilihan semula UMNO - Utusan Malaysia

Tiada keperluan pemilihan semula UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Julai – UMNO tidak perlu mengadakan semula pemilihan partinya kerana tiada apa-apa keadaan yang mendesak mereka berbuat demikian.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, pandangan terpencil segelintir ahli tidak boleh dijadikan sebab untuk parti melanggar ketetapan sedia ada dalam perlembagaannya.

“Kita ada sedikit pandangan lepas itu kita nak ubah perlembagaan. Ini bukan perlembagaan pokok ceri, ini perlembagaan yang telah dipersetujui ahli parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau nak buat pemilihan semula ia akan melibatkan undang-undang, Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS). Kecuali kalau undi tak percaya,” katanya kepada Utusan Malaysia di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Pelantikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Selasa lalu mengundang pelbagai reaksi daripada kepemimpinan UMNO.

Sementara kebanyakan pemimpin veteran menyambut baik pelantikan itu, Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menganggap ia satu langkah ke belakang dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin mengakui tidak gembira mendengar berita itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini