Bursa Malaysia kembali rendah selepas dibuka tinggi - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia kembali rendah selepas dibuka tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Julai – Bursa Malaysia dibuka tinggi namun kembali rendah memandangkan peserta pasaran menunggu petunjuk baharu untuk mendapatkan momentum hari ini.

Pada 9.24 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.47 mata kepada 1,678.5 daripada 1,678.5 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks itu dibuka 2.25 mata lebih tinggi kepada 1,681.22.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lingkungan pasaran bagaimanapun positif, dengan 216 kaunter untung mengatasi 134 kaunter rugi, 240 kaunter tidak berubah, 1,258 kaunter tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 270.55 juta unit bernilai RM167.98 juta.

Public Investment Bank Bhd dalam satu nota penyelidikan berkata, dalam pada itu, indeks S(amp)P 500 mencatatkan paras dagangan tertinggi harian baharu pada 3,002.89, sekali gus mengatasi pencapaian psikologi pada 3,000.

“Indeks itu, bagaimanapun, susut daripada paras tersebut untuk ditutup pada 2,993, hampir kepada angka ketika ditutup pada 3 Julai lepas iaitu 2,995.82,” katanya.

Purata Perindustrian Dow Jones pula ditutup dengan meningkat 0.3 peratus kepada 26,860. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini