PPM terus banteras rokok dan arak seludup di Miri - Utusan Malaysia

PPM terus banteras rokok dan arak seludup di Miri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Julai – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Miri menemukan longgokan bir dan rokok yang jumlah keseluruhan bernilai RM52,256 di Terminal Bas Tudan, Miri, Sarawak semalam.

Pemangku Komander PPM Wilayah 5 Miri, Superintenden Abd. Rahman Mat Hasan berkata, semasa pasukan PPM melakukan Op Landai pihaknya menerima maklumat orang awam yang menemukan longgokan minuman jenis bir dan rokok di deretan kedai tidak bernombor di sini.

“Setelah sampai di lokasi dan membuat pemeriksaan ke atas barangan tersebut. Pasukan kami juga menunggu selama dua jam di lokasi bagi mengesan pemiliknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun usaha tersebut gagal, semasa pemeriksaan dilakukan ditemukan barangan seperti minuman keras jenis bir dan rokok yang disyaki untuk di pasarkan di kawasan perumahan berhampiran Kuala Baram,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abd. Rahman memberitahu, barangan itu dipercayai tiada cukai kastam dan kesemua barangan di bawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini