PPM Wilayah 5 Kuching rampas rokok bernilai RM275,016 - Utusan Malaysia

PPM Wilayah 5 Kuching rampas rokok bernilai RM275,016

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Julai – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Kuching merampas sebanyak 458,360 batang rokok pelbagai jenis tak bercukai bernilai RM275,016 dalam serbuan sebuah premis di Lorong 3, Jalan Arang, Kuching, Sarawak semalam.

Ketika serbuan pada pukul 7.45 pagi semalam, anggota bertugas turut menemukan dua buah kenderaan yang menjadi tempat rokok itu disimpan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemangku Komender PPM Wilayah Lima, Superintenden Abd. Rahman Mat Hasan berkata, bertindak atas maklumat awam dan risikan, pasukan enam anggota Unit Risikan Marin (URM) Kuching melakukan serbuan berkenaan.

“Sebanyak empat pekerja tempatan berumur antara 37 hingga 64 tahun ditahan di premis itu bagi siasatan lanjut atas kesalahan dibawah Akta Kastam 1967.

“Pihaknya turut merampas dua kenderaan iaitu lori (RM80,000) dan sebuah kenderaan pelbagai guna (mpv) (RM90,000) dengan jumlah bernilai RM170,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abd. Rahman memberitahu, PPM akan terus membanteras kegiatan penjualan dan penyeludupan rokok secara haram daripada terus berleluasa di Sarawak.

“Orang ramai juga boleh bekerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dan kegiatan menyalahi undang-undang dengan menghubungi terus di talian 082-334111,” jelasnya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini