Ahli kelab TM lawat Hospital Taiping - Utusan Malaysia

Ahli kelab TM lawat Hospital Taiping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERKUNJUNG. Seramai 23 ahli kelab Telekom Malaysia (TM) menceriakan 38 orang pesakit di Wad Pediatrik dengan pemberian hadiah dan makanan, duit raya serta gambar polaroid di Hospital Taiping, Perak baru-baru ini.

Wakil Kelab TM, Norlela Baba berkata, pihaknya ingin memupuk sifat empati dan semangat kesukarelawan dalam kalangan peserta melalui program tanggungjawab sosial korporat yang dianjurkan.

“Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menggembirakan dan menceriakan kanak-kanak di Wad Pediatrik agar mereka tidak rasa sedih mahupun tersisih,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Delegasi TM disambut Pengarah Hospital Taiping, Dr. Narimah Yusof diiringi Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Taiping, Dr. Saiful Rijal serta pegawai-pegawai lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini