Ditahan D7 ketika bersembunyi - Utusan Malaysia

Ditahan D7 ketika bersembunyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Julai – Sebanyak 19 individu termasuk 16 wanita warga asing ditahan dalam serbuan di sebuah pusat urut refleksologi di Pusat Bandar Puchong, semalam.

Dalam serbuan pukul 6 petang dibuat Bahagian Anti Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor itu, kesemua individu tersebut dicekup ketika sedang bersembunyi di sebuah ruang rahsia di premis berkenaan.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Azmi Shukor berkata, ketika serbuan premis tersebut berada dalam keadaan lengang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan satu pintu rahsia di dalam sebuah bilik di pusat urutan itu.

“Kesemua tangkapan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu dibawa ke balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azmi berkata, pihaknya turut merampas dua botol minyak urut, gel pelincir, kondom dan wang tunai berjumlah RM189.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen55B Akta Imigresen, Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen, Seksyen 3 Undang-Undang Kecil 1995 dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini