Bunyi kentut bantu Polis Missouri tangkap suspek penjenayah - Utusan Malaysia

Bunyi kentut bantu Polis Missouri tangkap suspek penjenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR RAYA KANSAS, Missouri – Seorang lelaki yang dikenakan waran tangkap diberkas hujung minggu lalu selepas dia terkentut terlalu kuat, membolehkan polis mengenal pasti tempat persembunyiannya.

Polis tidak mendedahkan nama suspek itu dalam kenyataannya tetapi berkata, waran tangkap dikeluarkan kerana kesalahan memiliki bahan terlarang.

Suspek yang bersembunyi daripada polis telah terkentut dengan amat kuat sehinggakan mendedahkan tempat persembunyiannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut pejabat syerif daerah Clay County, anggotanya tidak memerlukan anjing pengesan untuk ‘menghidu’ suspek.

“Sekiranya kamu dikenakan waran tangkap, polis pula sedang memburu kamu dan kamu kentut begitu kuat sehingga tempat persembunyian kamu terbongkar, kamu tentu mengalami hari yang teruk,” kata pejabat syerif berkenaan di akaun Facebooknya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini