Thailand umum barisan kabinet baharu - Utusan Malaysia

Thailand umum barisan kabinet baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 10 Julai – Thailand mengumumkan barisan Kabinet baharu Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha selepas pilihan raya umum pada 24 Mac lepas, menurut Warta Diraja hari ini.

Raja Maha Vajiralongkorn telah memperkenankan senarai kabinet itu yang diumumkan dalam Warta Diraja hari ini.

Raja Thailand memberi perkenan selepas spekulasi selama berminggu-minggu yang menyaksikan parti-parti gabungan Prayuth yang terdiri daripada 19 parti saling berebut jawatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam Kabinet baharu, Prayuth menamakan lima timbalan perdana menteri termasuk penyokong setianya dari kerajaan tentera iaitu Prawit Wongsuwan, Somkid Jatusripitak, Wissanu Krea-ngam.

Dua lagi timbalan perdana menteri ialah pemimpin Parti Demokrat Jurin Laksanawisit dan pemimpin Parti Bhumjaithai, Anutin Charnvirakul.

Democrat dan Bhumjaithai menyertai Parti Palang Pracharat (PPRP) yang menyokong Prayuth sebagai perdana menteri untuk membentuk kerajaan campuran.

Parti itu mendapat beberapa portfolio penting termasuk perdagangan, pengangkutan dan pelancongan.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini