Malaysia sertai pesta buku di China - Utusan Malaysia

Malaysia sertai pesta buku di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Bagi meningkatkan komitmen kerajaan untuk memperkasakan industri pembukuan di Malaysia, negara bakal menjadi Negara Tamu dalam Pesta Buku Antarabangsa Beijing (BIBF) pada tahun 2021.

Menurut Kementerian Pendidikan, inisiatif bersejarah itu dicapai hasil pertemuan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dengan Timbalan Presiden Jawatankuasa BIBF, Lin Liying di Beijing, China semalam.

Jelas Maszlee, Malaysia menghasilkan banyak karya yang boleh dipasarkan di pasaran antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Negara kita juga telah banyak menghasilkan karya-karya berkualiti tinggi dalam pelbagai bidang termasuklah karya-karya daripada Sasterawan Negara yang boleh dipasarkan di peringkat antarabangsa,” kata Maszlee dalam kenyataan oleh kementeriannya hari ini.

BIBF adalah antara pesta buku antarabangsa yang terbesar dengan mengumpulkan puluhan negara.

Jelas kementerian itu, BIBF adalah platform terbaik Malaysia untuk memasarkan dan pengantarabangsaan karya-karya terbaik negara terutama karya-karya Sasterawan Negara.

“Ini juga adalah sebahagian usaha Kementerian Pendidikan ke arah menjadikan Malaysia Negara Membaca menjelang 2030,” menurut kementerian tersebut.

Pada tahun ini, Malaysia melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Kota Buku akan menyertai BIBF pada 21 hingga 25 Ogos ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini