BERLIN 10 Julai – Tahap kesihatan Canselor Jerman, Angela Merkel menjadi tanda tanya selepas beliau beberapa kali dilihat menggeletar ketika muncul depan khalayak ramai.
Menurut CNN, Merkel, 64, menunjukkan keadaan itu ketika duduk bersebelahan Perdana Menteri Finland, Antti Rinne dalam satu majlis di Berlin semalam.
Katanya dia dalam keadaan baik dan sedang mengusahakan sesuatu sejak pertama kali dilihat seperti itu ketika hadir dalam majlis bersama Presiden Ukrain, Volodymyr Zelensky 18 Jun yang lalu.
“Saya sedang menjalani rawatan sejak hadir majlis berkenaan. Kesihatan saya menunjukkan peningkatan dan saya perlu membiasakan diri dengan keadaan ini buat sementara waktu.
“Tetapi saya dalam keadaan baik dan tiada apa yang perlu dirisaukan,” katanya.- AGENSI











