Pertimbang pelaburan dalam RE - Utusan Malaysia

Pertimbang pelaburan dalam RE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Syarikat minyak dan gas (O&G) negara, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) sedang mempertimbangkan pelaburan berdaya maju dalam tenaga boleh diperbaharui (RE) seperti solar, angin dan biomas pada skala komersial.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, penerokaan baharu itu adalah usaha syarikat dalam memenuhi permintaan sumber tenaga yang mapan.

Katanya, penerokaan itu juga akan menyokong inisiatif kerajaan mengurangkan pelepasan

Memuatkan artikel berkaitan…
WAN ZULKIFLE WAN ARIFFIN
WAN ZULKIFLE WAN ARIFFIN 

karbon dan mencapai status ekonomi rendah karbon ­menjelang 2050.

“O&G akan terus kekal sebagai perniagaan teras kami ­sejajar dengan penguasaan berterusan minyak dan gas dalam campuran tenaga utama.

“Petronas juga mengambil langkah untuk menerokai ­bidang pertumbuhan baharu melangkaui minyak dan gas konvensional,” katanya dalam Sidang Meja Bulat Tenaga Malaysia anjuran bersama Forum Ekonomi Dunia di sini hari ini.

Yang turut hadir pada sidang bertemakan Membentuk Lanskap Masa Depan Tenaga Malaysia ialah Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin; Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, Datuk Ir. Ahmad Fauzi Hasan; Ketua Pegawai Strategi dan Pe­ngawalseliaan Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Datuk Faziur Rahman Zainuddin dan Ketua Masa Depan Tenaga dan Bahan, Forum Ekonomi Dunia, Roberto Bocca.

Menurut Wan Zulkiflee, Petronas juga memperuntukkan RM30 bilion bagi ­aktiviti huluan tahun ini dengan separuh daripada jumlah pelaburan itu adalah untuk pelaburan domestik bagi memastikan tiada gangguan terhadap bekalan tenaga.

Beliau turut menekankan, Petronas akan mengambil pendekatan sewajarnya terutama dalam segmen RE dan memastikan syarikat tidak terlalu terburu-buru membuat sebarang keputusan.

Katanya, dalam konteks ini, Petronas perlu menentukan pelaburan yang diperlukan supaya kewangan kumpulan tidak terjejas.

“Ini kerana pulangan daripada segmen RE tidak sama se­perti pulangan dalam O&G konvensional,” katanya.

Sementara itu, dalam majlis berasingan sempena Persidangan Pengurusan Perniagaan Antarabangsa oleh Universiti Islam Antarabangsa, Wan Zulkiflee berkata, organisasi perlu mengguna pakai pelbagai strategi dalam landskap perniagaan semasa dan pemimpin untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Jelasnya, ini ekoran perubahan pesat dalam dunia perniagaan hari ini dan organisasi tidak boleh hanya bergantung kepada satu strategi.

Beliau berkata, Petronas memberi tumpuan kepada Matlamat Pembangunan Mapan seperti alam sekitar, pendidikan serta kebajikan masyarakat.

“Setiap tahun kami menyediakan 330 biasiswa. Saya tidak fikir ada entiti tunggal lain yang berbuat seperti ini.

“Kami melaksanakannya semasa harga minyak pada AS$100 (RM413.80) setong dan semasa harga pada AS$30 (RM124.15) setong. Saya membuat keputusan untuk tidak mengubah pelaburan jangka panjang ini,” katanya.

“Inilah bidang yang kami perlu perhalusi dan menerusi yayasan kami, Yayasan Petronas, kami melibatkan diri dalam aktiviti tanggungjawab sosial korporat dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini